Penerima BSH layak terima Bantuan RM700 mySalam ~ semak kelayakan sekarang!

Semak kelayakan bantuan mySalam bagi penerima BSH

Apa itu MySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Siapakah yang layak untuk MySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Manfaat & Jumlah Tuntutan MySalam

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

  • Pembayaran elaun hospitalisasi adalah sebanyak RM50 untuk satu malam.
  • Terhad untuk 14 hari setahun sahaja (Maksimum RM700)
  • Contoh : Kuarantin 10 hari (RM50 x 10), anda akan dapat RM500.

Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun. Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.

Dokumen Yang Diperlukan Bagi Tuntutan MySalam Covid-19

Berikut adalah dokumen yang diperlukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan berkaitan tuntutan MySalam Covid-19 :

Jika anda positif Covid:

  1. Nota discaj yang mengesahkan diagnosis
  2. Salinan IC depan belakang

Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di Pusat Kuarantin :

  1. Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  2. Salinan IC depan belakang

Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di kediaman sendiri :

  1. Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  2. Salinan IC depan belakang

Cara memohon

Sebelum anda melakukan penebusan sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak. Untuk ketahui cara melakukan semakan, anda boleh ikuti langkah di bawah ini:

  • Sila layari www.mysalam.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
  • Klik semak
  • Dekat bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak.

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk untuk menebus bantuan ini.

i. Tuntutan penyakit kritikal

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    a) Salinan Nota Discaj
    b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Maklumat Lanjut

Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh e-mel di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment