Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19
Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga mereka bebas daripada jangkitan Covid-19.
Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak. Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Jenis-jenis Bantuan
- Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
- Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
- 1 pulse oximeter;
- 1 termometer; serta
- Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
Cara Memohon
Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi dari kerajaan Malaysia.
Keutamaan diberikan kepada penerima BPR untuk keluarga dari golongan / kumpulan B40 terlebih dahulu.
Bilakah bantuan akan diberikan?
Bermula Oktober 2021.
Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Menteri Kesihatan.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini. Kenyataan bagi bantuan ini di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih