Memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 Secara ‘One Off’

Memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 Secara ‘One Off’

Memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 Secara ‘One Off’ – Selaras dengan itu, terdapat satu inisiatif yang dikenali sebagai IKPP yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM250 kepada yang layak.

Bantuan IKPP RM250. Kini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah kepada usaha berkaitan berumah tangga.

Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP)

Syarat kelayakan penerima bantuan ini ialah:

Memohon Bantuan Kewangan IKPP

Memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 Secara ‘One Off’

-Hanya anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
-Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
-Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;

-Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
-Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
-Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
-Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
-Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon Bantuan Kewangan IKPP :

Bagi yang memenuhi syarat kelayakan, pemohon hendaklah mengisi borang permohonan IKPP dengan lengkap dan melampirkan dokumen berikut:
-2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
-1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
-2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke pejabat agama islam daerah di mana permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dibuat.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi IKPP, Disini

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Pengeluaran Khas sehingga RM30,000 KWSP Sebelum Aidilfitri
Bantuan Sara Diri RM500-RM2,000 Cara Mohon Bantuan

Leave a Comment