“Saya lebih fikirkan masa depan, dari muda simpan duit, tak suka membazir” – Khatijah Tan

“Saya lebih fikirkan masa depan, dari muda simpan duit, tak suka membazir” – Khatijah Tan

Itu kata-kata seniwati filem Melayu, Khatijah Tan, 61, semasa menceritakan pengalaman hidupnya sejak zaman muda.

‘Saya lebih fikirkan masa depan, sebab itu dapat sahaja bayaran saya tidak suka keluar membeli-belah dan tak suka nak beli barangan berjenama apatah lagi alat solek mencecah ribuan ringgit.’

Kongsinya, wang simpanan yang diperoleh hasil titik-peluh berIakon akan digunakan membeli tanah kerana sedar nilai aset tersebut pada masa depan.

WhatsApp Image 2022 11 20 at 10.51.48 AM 2 300x214 1

Buktinya, sekarang Khatijah yang mesra disapa Mak Ngah mempunyai rumah sendiri di Gunung Rapat, Ipoh dan tinggal bersama suami, anak dan cucu.

Katanya, dia lebih gemar membeli buku dan koleksi motivasi semasa berkecimpung dalam dunia lakonan sejak zaman 1980an, kerana tidak suka membazir dengan perkara tidak penting.

WhatsApp Image 2022 11 20 at 10.51.48 AM 1 300x214 1

“Bayangkan berbelas tahun berlakon tanpa kontrak tetapi kami semua tidak pernah ada masaIah bayaran.

Berkongsi lanjut pengalaman menerima bayaran ketika zaman sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Mak Ngah terlalu merindui suasana kerja produksi pengarah, Othman Hafsham yang diibaratkan seperti sebuah keluarga besar sejak zaman 1980-an lagi.

WhatsApp Image 2022 11 20 at 3.04.27 PM 300x214 1

“Othman ni adalah pengarah yang sangat baik dan seorang yang jujur. Kebajikan pelakon sangat dijaga termasuklah makan secara buffet, studio di Kota Kemuning ada pendingin hawa serta layanan terbaik. Sebab itu, saya sayang sangat pengarah seperti dia,” kongsinya.

“Othman tidak pernah berhutang dengan kami, habis berlakon terus dibayar. Kami akan dibayar setiap minggu dan berbaris seperti terima gaji. Zaman itu terima cek dan merupakan pengalaman yang sangat indah.

“Kalau tak silap saya dapat RM800 bagi sebuah episod. Berlakon hanya setengah jam sahaja dan campur iklan semua mungkin dalam 20 minit sahaja.

“Zaman itu kira berduit sebab harga barang pun terlau berbeza dengan sekarang. Apatah lagi, setiap minggu ada rakaman, kadang-kadang duit pun tak sempat habis belum ditambah dengan persembahan pada setiap minggu sebab ada bayaran lain diberikan,” katanya.

Menyentuh bayaran diterima ketika zaman tersebut, Mak Ngah yang lahir pada 1961 berkata, dia menerima bayaran yang agak lumayan walaupun hanya sebagai watak pembantu.

PI MAI PI MAI TANG TU DAH JADI DAR4H DAGING

Katanya, hubungan mereka terlalu istimewa sehingga sukar diungkap melalui kata-kata kerana betapa eratnya hubungan sejak dahulu.

Menceritakan pengalaman menyertai keluarga sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular sekitar 1980 hingga 1990an, Mak Ngah berkata, dia berasa bertuah kerana dipertemukan dengan semua pelakon yang ibarat seperti sebuah keluarga sehingga hari ini.

“Kami semua sangat jujur dalam bekerja dan saya rasa satu rahmat dari Allah SWT kerana mengurniakan keluarga Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Arwah Pak Uda (Zami Ismail) banyak menaikkan nama saya dalam sitkom komedi ini. Istilah ‘ayang, anje’ semuanya adalah idea dia.

Kongsinya, sepanjang berlakon di set tidak pernah terlintas mahupun terdetik untuk ‘overshadow’ pelakon lain kerana masing-masing memainkan peranan untuk menaikkan antara satu sama lain.

Dia malah menganggap kesemua pelakon sitkom tersebut ibarat dar4h dagingnya dan tidak akan melupai mereka sehingga hujung nyawa.

“Angelina Tan sudah seperti adik saya, nama pun sama Tan di hujung. Saya juga rasa sangat kehilangan pelakon yang sudah meninggal dunia seperti Pak Busu (Mohammad Abdullah). Kalau sakit kami akan bertanya khabar, kalau terlintas di hati mesti akan hubungi mereka.

“Rakan-rakan yang lain sangat memberikan kerjasama. Sebab itu, kami semua sehati sejiwa dan ikhlas bekerja,” katanya.

WhatsApp Image 2022 11 20 at 10.51.48 AM 300x214 1

Khatijah memainkan peranan sebagai Mak Ngah iaitu merupakan peniaga warung di Flat Seri Wangi.

Berkongsikan pengalama ketika di set penggambaran, Mak Ngah berkata, mereka akan berlatih selama 12 hari sebelum rakaman bagi sesebuah episod dijalankan.

“Sabri Yunos juga berusaha kumpulkan kami semua untuk mengeratkan lagi hubungan menerusi drama Bukan Pi Mai Pi Mai yang ditayangkan di Astro Ria,” katanya.

“Masing-masing akan ‘memberi’ ketika rakaman diadakan. Saya masih ingat babak ketika selebriti undangan, Allahy4rham Datuk Sharifah Aini datang ke set. Masa itu, memang tidak boleh tahan gelak dan saya terpaksa ketawa di bawah meja.

“Arwah pula memang ‘sangat memberi’ dan sangat sempoi di set serta ad-lib yang kami buat sangat menjadi. Kami juga sudah tahu untuk memberi isyarat giliran antara satu sama lain.

Lebih menyeronokkan apabila kesemua pelakon sangat komited ketika bekerja dan tiada prinsip mementingkan diri sendiri.

Barisan pelakon sitkom tersebut, kongsinya, memiliki semangat kerjasama yang sangat kuat ketika di set penggambaran dan tidak pernah terlintas untuk membayangi pelakon lain.

“Bayangkan pengarah ketika itu, Othman Hafsham pun tak tahan gelak. Kami tak boleh hentikan rakaman masa itu sebab mempunyai penonton di studio,” katanya.

Sehingga sekarang, katanya, Sabri Yunos tetap memanggil dirinya berlakon sekiranya dirasakan mempunyai watak-watak bersesuaian.

BERMULA DARI PEMENTASAN TEATER

Sejak berkecimpung dalam dunia seni, Mak Ngah bukan seorang yang mengejar lensa populariti kerana dia bermula dari teater sejak zaman kumpulan KTU.

Katanya, waktu itu dia sempat berguru dengan kumpulan Kopratasa sebelum menyertai teater di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ketika itulah, dia mula kenal dan rapat dengan Sabri dan Wan Maimunah kerana setiap bulan DBP mengadakan persembahan teater.

Khatijah akui sudah melakonkan puluhan teater sebelum menjejak masuk ke indsutri perfileman kerana berhasrat mempelajari lebih mendalam teknik melakukan sesuatu persembahan lakonan yang efisien.
“Mesti dia terlintas hendak ambil saya seperti filem Buntat. Sebab, dia tahu kemampuan saya serta komited ketika bekerja,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah berIakon sitkom lain, namun situasinya tidak sama seperti hubungan dalam keluarga Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang diibaratkan seperti adik-beradik.

“Dulu tak banyak pIatform hendak belajar berlakon kerana banyak bergantung kepada persembahan teater,” katanya.

“Selepas aktif di teater baru saya mendapat tawaran pertama berlakon drama televisyen di TV3, Rumah Kedai, 1988. Waktu itu, Sabariah Hitam mencadangkan nama saya semasa TV3 di Jalang Riong, Bangsar.

Siri drama televsiyen Rumah Kedai bersiaran sebanyak 180 episod dalam enam musim selama lima tahun di TV3.

Menerusi siri drama itu, Khatijah memegang peranan sebagai Habsah dan seterusnya membuat kemunculan sulung di layar perak pada 1996 menerusi peranan sebagai orang gaji dalam filem Yes, Tuan! arahan sutradara, Nik Fadzil Nik Hassan.

Khatijah meraih pengiktirafan yang meluas menerusi filem Embun (2002) yang melayakkan dirinya menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 di Korea Selatan.

Selain itu juga, dia pernah menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia serta lima di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Selain itu, katanya, terdapat segmen penceritaan kisah seram dan makan-makan yang mempunyai peminat tersendiri termasuk dari Brunei.

“Seronok bila baca maklum balas penonton sehingga melekat watak Mak Jah. Jadi, kalau orang panggil Mak Jah, saya tahu dia tonton YouTube dan mengikuti saluran kami anak beranak.

“Saya cuba mencipta nama di Y0uTube sebab saluran yang lebih dekat dengan audiens. Dalam masa sama, saya juga sudah memperlahankan lakonan kerana medium ini lebih santai berbanding di set penggambaran yang lebih banyak tekanan,” katanya.

Khatijah yang memulakan karier ke dalam bidang seni ketika berumur sekitar 27 tahun sudah membintangi lebih 40 filem termasuk yang terakhir Tiga Janda MeIawan Dunia.

AKTIF DI Y0UTUBE

Selain gelaran Mak Ngah, Khatijah juga mula disapa sebagai Mak Jah menerusi saluran Y0uTube milik keluarga iaitu Andre Brothers Pictures.

Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilkan mereka sekeluarga.

Darah seninya mengalir deras dalam tubuh dua anak lelakinya, Pierre Andre dan Mikail Andre.

Sumber : detikkiniviral

 

Leave a Comment