KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran

KWSP yang wajib anda tahu sebelum mohon pengeluaran

Tarikh Penting KWSP Sebelum Mohon Pengeluaran

Pengeluaran khas one-off simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu ramai ahli yang masih bergelut akibat COVID-19 dan banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Berikut merupakan tindakan penting sebelum anda memohon untuk pengeluaran KWSP khas secara one-off: 

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),berkata kebenaran mengeluarkan simpanan KWSP dilihat benar-benar memberi perubahan.

Masalah yang akan dihadapi:

Namun pada masa sama data yang dikeluarkan mengenai kekurangan dana pencarum apabila bersara kelak tidak boleh diabaikan.

“Kami menyedari dengan jelas bahawa pengeluaran one-off ini membantu ramai untuk kembali bangkit daripada pandemik dan banjir,” katanya

Kekurangan Dana:

Mengulas lanjut,meskipun wujud keperluan pengeluaran wang simpanan KWSP, semua tidak boleh mengabaikan data KWSP mengenai kekurangan dana 6.1 juta ahli pada masa ini yang memiliki wang persaraan kurang RM10,000 dalam akaun mereka.

“Seramai 3.6 juta daripada 6.1 juta ahli juga mempunyai wang simpanan kurang RM1,000. Angka ini amat membimbangkan.

Kesan:

“Sebarang pengeluaran lanjut akan menyebabkan baki simpanan persaraan makin berkurang dan mereka berdepan prospek kesukaran kewangan serius pada masa hadapan.

“Jadi jika kita tidak berhati-hati, kekurangan simpanan persaraan ini akan merugikan kita nanti apabila Malaysia menjadi masyarakat yang semakin tua,” katanya.

Membuat Satu Langkah Penyelesaian:

Justeru, beliau berkata, adalah penting untuk melaksanakan tindak balas dasar bersandarkan situasi yang dihadapi itu.

“Langkah seperti ini harus digunakan dengan sangat berhati-hati hanya dalam situasi yang paling ekstrem,” katanya.

Tingkatkan Sistem Perlindungan Sosial:

Sementara itu, Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pandemik telah memberi peringatan kepada kita sekali lagi bahawa sistem perlindungan sosial perlu diperbaharui.

“Ia tidak akan mudah, dan ini juga tidak boleh berlaku dalam sekelip mata.

“Ketika ini, ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan, jika kita boleh, ini adalah masa yang baik untuk perlahan-lahan mula membina semula penampan kewangan kita.

Kaedah Mengawal Kewangan:

“Kami telah berkongsi beberapa idea tentang cara mula mengawal kewangan peribadi,” katanya.

Inisiatif terbaharu KWSP itu membenarkan ahlinya untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Pada 16 Mac lalu, permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

Menurut KWSP, pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Tindakan Pemohon:

Pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

join Telegram kami untuk info2 lebih lanjut: portal info bantuan & kerjaya

Leave a Comment