Khas KWSP: Tambahan 20% Penggantian Jumlah Pengeluaran
Ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April 2022.
Namun, pasti ramai pencarum telah membaca soalan lazim sebelum mula membuat permohonan, bagi memahami dengan lebih dalam dan jelas terma dan syarat pengeluaran.
KENA GANTI 20% DARI PENGELUARAN?
Ini yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran
Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.
Kena ganti ke? Macam mana nak ganti? Baik keluar RM8,000 jer.. eh tapi kena ganti pulak! Jangan risau, anda tidak perlu membayar semula semua amaun yang dikeluarkan.
Menggantikan pengeluaran
Maksud soalan ini adalah untuk menyatakan bahawa KWSP bakal menggantikan pengeluaran khas tersebut dengan caruman anda pada bulan berikutnya.
Sebagai contoh, jika caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.
Biasanya, KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.
RM700 – akan terus ke Akaun 1.
RM300 – akan terus ke Akaun 2.
Tapi, sekiranya pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 bakal digunakan.
Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.
RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.
Nisbah 100:0 ini akan terus digunakan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.
Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Follow Telegram kami untuk info lebih lanjut Terima kasih.