KWSP FASA 2 : Pengeluaran Khas Wang KWSP Minimum RM3000

KWSP FASA 2 : Pengeluaran Khas Wang KWSP Minimum RM3000

KWSP FASA 2 membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (KWSP FASA 2).

KWSP FASA 2

KWSP FASA 2, Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

KWSP FASA 2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

KWSP FASA 2

Baca sini: KWSP Pengeluaran Khas Fasa 1 Sehingga RM50,000 Kini Dibenarkan

Amaun Kelayakan Pengeluaran KWSP FASA 2

Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:

KWSP FASA 2

Baca juga: Pengeluaran KWSP EPF: SINAR Pengeluaran KWSP Masih adakah untuk seterusnya?

Syarat Pengeluaran KWSP FASA 2

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran KWSP:Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran KWSP FASA 2 :

  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2 KWSP

KWSP FASA 2

Nota: Dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Selain itu, Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya.

Baca KWSP Pengeluaran Khas RM10000 2.0 – Jawatan kosong 2023

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

Langkah 1: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 2: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

KWSP FASA 2

4 Juta Pencarum KWSP Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran KWSP

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 ke bawah.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:

Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/

Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Leave a Comment