Kredit e-Tunai : Bantuan e-Tunai Tambahan

Kredit e-Tunai : Bantuan e-Tunai Tambahan

Kredit e-Tunai : Bantuan e-Tunai Tambahan

Pengumuman Kredit e-Tunai ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan Kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Kredit e-Tunai

Katanya, inisiatif Kredit e-Tunai RM100 kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Bantuan eTunai

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “Kredit e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

Bantuan eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Kelayakan Bantuan eTunai RM100

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

– Warganegara Malaysia; dan
– Berumur 21 tahun ke atas
– Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Jumlah Kredit Bantuan e-Tunai

Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e-wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah. Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.

Tarikh Pelaksanan Bantuan e-Tunai RM100

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini

Baca sini: Bantuan KWSP RM500 Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak Kepada Pencarum

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan – Bantuan belia rm700 Sehingga RM1200 Bakal Dikreditkan Pada November 2023

Kredit e-Tunai

Apa maksud suku keempat?

Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

– Suku pertama – Januari hingga Mac
– Suku kedua – April hingga Jun
– Suku ketiga – Julai hingga September
– Suku keempat – Oktober hingga Disember

Ini kerana Kementerian Kewangan perlu memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif ini.

Oleh yang demikian, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan pelaksanan Suku Keempat ini, kita boleh jangkaan bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember.

Kredit e-Tunai

Penyedia Perkhidmatan

Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan Kredit e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;

Memandangkan bantuan Kredit e-Tunai RM100 ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini, tiada lagi pengumuman setakat ini manakah penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay mungkin juga terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

– Boost,
– Setel dan Touch ‘n Go Wallet.

Cara Penebusan

Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah sebagaimana berikut;

Sekiranya dilaksanakan kelak, pengguna mungkin perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.

ShopeePay
Touch ‘n Go eWallet
GrabPay
Boost
Lazada Wallet
Setel
WeChatPay
MAE
dan lain-lain lagi.

Pengguna baharu hanya perlu ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Manfaat Bantuan e-Tunai RM100

“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.

“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.

“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.

Kelebihan Penggunaan e-Wallet

Selain itu, pengguna e-wallet juga boleh menikmati tawaran dan diskaun khas yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet.

Penggunaan e-wallet semakin popular di kalangan pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah kemudahan dan kecepatan dalam membuat pembayaran.

Ini amat penting pada masa kini di mana era digitalisasi semakin berkembang di Malaysia di mana pembayaran dibuat secara cepat dan pantas.

Penggunaan e-wallet juga membantu dalam mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuhan.

Langkah Memilih E-Wallet Yang Sesuai

Ada beberapa penyedia perkhidmatan e-wallet yang popular seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go e-wallet, BigPay, ShopeePay, MAE, AliPay, WeChat Pay dan lain-lain lagi.

Setiap penyedia perkhidmatan menawarkan kelebihan masing-masing seperti mata ganjaran, diskaun, baucar dan lain-lain.

Sebelum memilih e-wallet yang sesuai, pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti jenis perkhidmatan, jenis pembayaran, dan ketersediaan e-wallet di pasaran.

Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Facebook Kementerian Kewangan

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah inisiatif terbaharu bantuan ewallet yang diumumkan Kerajaan?

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pengumuman bantuan e-tunai RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri;

Apakah syarat kelayakan?

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Bilakah tarikh bayaran Bantuan e-Tunai RM100?

Apakah syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat?

Kerajaan telah umum bayaran bagi kredit e-Tunai RM100 adalah pada suku keempat tahun ini (antara Oktober hingga Disember 2023).

Akan diumumkan selepas ini.

Leave a Comment