INFO: Baca Kelonggaran SOP bagi yang telah melengkapkan dua dos vaksin (Terkini September)

Kelonggaran dua dos vaksin mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Kelebihan Individu Telah Dua Dos Vaksin

Seluruh Negara:

  • Pengembara warganegara/bukan warganegara termasuk Pemastautin Tetap atau peserta Malaysia MY Second Home) dan lengkap vaksin dibenar kuarantin wajib di rumah guna HSO digital.
  • Pasangan jarak jauh (PJJ) lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing.
  • Ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah/negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
  • Aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan untuk penerima lengkap dua dos vaksin sahaja. (Juga terpakai bagi rumah ibadah bukan Islam.)

Fasa 2 dan 3 PPN:

  • Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.
  • ‘Dine-in’ di restoran, kedai makan, club house dibenarkan. Pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.
  • Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.
  • Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa ‘dine-in’ tetapi perlu mematuhi SOP ketat.

Orang awam disarankan untuk mematuhi SOP dan mendapatkan vaksin di PPV yang berdekatan dan mendaftar tarikh vaksinasi di MySejahtera. Bersama-samalah kita mempercapatkan imuniti kelompok.

Sila baca kenyataan penuh oleh Perdana Menteri link link dibawah:

  1. KELONGGARAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DAN PERALIHAN FASA
  2. SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1
  3. SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2
  4. SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 3

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment