Kad Maybank – Cara Mudah Hubungkan Kad ATM Maybank Ke Akaun Tabung Haji (TH). Lepas Ni Pasti Mudah Urusan Anda

Kad Maybank – Cara Mudah Hubungkan Kad Maybank ATM  Ke Akaun Tabung Haji (TH). Lepas Ni Pasti Mudah Urusan Anda

Kad Maybank, Apabila anda menghubungkan akaun Tabung Haji ke akaun Maybank anda boleh melakukan transaksi akaun Tabung Haji seperti semakan baki dan pindahan menerusi mesin ATM/CDM serta secara online melalui Maybank2u.

Adakah anda pemegang akaun Tabung Haji yang aktif? Pasti ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh hubungkan akaun Tabung Haji (TH) ke Kad Maybank dengan menggunakan kad ATM yang sama sahaja. Ia akan memudahkan kehidupan harian anda tambahan lagi jika cawangan Tabung Haji di kawasan anda berada jauh dari rumah.

Klik sini: Join telegram kami untuk info bantuan rakyat dan info jawatan kosong rasmi:

Berikut adalah senarai perkhidmatan Tabung haji menerusi ATM dan Maybank2u yang anda boleh gunakan dan cara mudah untuk anda hubungkan Kad Maybank ke akaun Tabung Haji.

Ini akan memudahkan anda dan menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke cawangan Tabung Haji di luar dan tunggu giliran untuk ke kaunter. Anda tidak lagi perlu terkejar dengan kekangan waktu pejabat untuk sebarang urusan.

Baca sini: Bantuan BERNAS RM250 Senarai Penerima

Baca juga: Kerajaan digesa untuk benarkan sekali lagi pengeluaran RM10,000 KWSP dalam Bajet 2023

SENARAI PERKHIDMATAN TH MENERUSI ATM DAN MAYBANK2U

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan melalui mesin ATM Maybank dan juga secara online Maybank2u.com atau aplikasi telefon Maybank2u:

– Pengaktifan (link) Kad ATM menerusi ATM Maybank
– Pindahan wang (online transfer) antara Maybank dan Tabung Haji menerusi Maybank2u
– Deposit/ simpanan duit tunai ke akaun Tabung Haji menerusi CDM Maybank
– Semak baki akaun Tabung Haji melalui Maybank2u
– Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga
– Daftar Haji melalui Maybank2u
– Keluarkan duit tunai Tabung Haji menerusi ATM Maybank

Setiap transaksi akan dicaj RM1 kecuali semakan baki, pengaktifan (link) kad ATM dan daftar haji (percuma

CARA HUBUNGKAN TABUNG HAJI MELALUI ATM MAYBANK

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun Tabung Haji di ATM Maybank.

Mudah sahaja untuk anda hubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank iaitu hanya dengan mendaftar melalui kad ATM Maybank.

Pendaftaran ini adalah percuma dan boleh dilakukan di mesin ATM Maybank.

1.Masukkan Kad ATM Maybank Beserta Nombor Pin

Kad ATM Maybank

2. Dalam Pilihan, Pilih Tabung Haji (TH)

Kad ATM Maybank

3. Pilih Menu ”DAFTAR AKAUN TH KE ATM KAD”

Kad ATM Maybank

4.Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda Seperti Di Skrin

Kad ATM Maybank

5. Kemudian Tekan Pilihan YA, Kemudian Nombor Akaun dan Nombor TH Anda Akan Dipaparkan

Kad ATM Maybank

Mudahkan urusan anda untuk menjimatkan masa terutama pada saat-saat gentir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kongsikan juga kepada rakan, keluarga dan orang lain untuk memudahkan urusan orang ramai juga. Selamat mencuba!

Siap! Selesai langkah itu, akaun Tabung Haji anda sedia berdaftar dengan akaun Maybank. Mudah kan?

Leave a Comment