Bantuan BERNAS RM250 Senarai Penerima
Bantuan BERNAS RM250 Senarai Penerima – Senarai penerima bantuan BERNAS sebanyak RM250 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insentif khas ini dilaksanakan pada awal tahun 2023.
BANTUAN KHAS RM250
Untuk makluman, bantuan kewangan khas padi beras nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai BERNAS ini adalah merupakan inisiatif yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Insentif kewangan ini dari dana sumbangan syarikat sebanyak RM60 juta yang akan diagihkan pada bulan ini.
Senarai penerima bantuan BERNAS yang akan terlibat adalah merupakan pesawah warga Malaysia. Kadar bayaran yang diberikan adalah sebanyak RM250 untuk setiap orang yang terlibat mengerjakan sawah padi.
JADUAL BAYARAN BANTUAN
Kepada penerima di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menerima bantuan khas ini pada bulan Januari 2023 yang melibatkan peruntukan dana sebanyak RM10 juta.
Bagi negeri Perlis dan Kedah pula akan menerima insentif ini pada bulan Februari 2023 diagihkan secara berperingkat. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri pertanian dan keterjaminan makanan (MAFS), Mohamad Sabu baru-baru ini.
Mohon Juga: Semak kategori bantuan STR Fasa 2 dan tarikh bayaran
Beliau berkata, kira-kira 240 ribu para pesawah dari seluruh negara akan menerima insentif ini. Dijangkakan pengagihan secara berperingkat ini akan selesai pada bulan Mac 2023.
Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pesawah padi. Tujuan utama pemberian bantuan ini bagi membantu para pesawah di dalam negara supaya tidak tercicir. T ambahan pihak kerajaan akan sentiasa meneliti setiap permasalahan pesawah dan mencari jalan terbaik untuk penyelesaian.
BANTUAN KEWANGAN BULANAN
Bagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan, terdapat bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) yang merangkumi pelbagai kategori kelayakan. Untuk semak panduan permohonan dan syarat kelayakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI
INFO LANJUT
Selain daripada bantuan diatas, terdapat lebih banyak program, kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutan dan negeri pada tahun 2023.
Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai insentif kewangan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.