Kerajaan Akan Menyelesaikan Isu Gaji Minimum Pekerja

Kerajaan Akan Menyelesaikan Isu Gaji Minimum Pekerja

Kerajaan Akan Menyelesaikan Isu Gaji Minimum Pekerja – Kerajaan akan menyelesaikan semua isu berbangkit berkaitan gaji minimum pada bulan ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pelaksanaan Gaji Minimum Pekerja begitu sukar sekali, hiruk pikuk pelaksanaannya. Sebab itu dalam mesyuarat Kabinet bulan depan, kita akan selesaikannya ‘once and for all’ (dimuktamadkan sepenuhnya),” katanya.

Mengakui pelaksanaan gaji minimum begitu sukar dan rumit untuk diselesaikan, Perdana Menteri berkata, isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.

Penguatkuasaan Gaji Minimum Pekerja. Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sehingga 1 Julai depan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, tempoh hari.

Gaji Minimum Pekerja

Gaji Minimum Pekerja

Gaji Minimum Pekerja Keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka.

Majikan dalam kategori berkenaan diberikan penangguhan selama enam bulan terhadap penguatkuasaan gaji minimum itu berbanding tarikh 1 Januari 2023 yang ditetapkan sebelum ini.

“Kalau tuntutan pekerja itu keterlaluan, maka pelaburan tidak akan sampai, tapi kalau sikap pelabur dan majikan terlalu mementingkan keuntungan hingga ketepikan pekerja, maka takkan ada harmoni dalam negara.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan tidak mewarisi sistem pentadbiran terdahulu, sebaliknya mementingkan kebajikan semua golongan pekerja yang sebelum ini diabaikan.

Justeru, katanya, ada ketika kerajaan perlu campur tangan, antaranya melalui penyaluran insentif mengikut keperluan dan melalui kemudahan percukaian.

“Jadi keseimbangan ini harus dipertahankan. Kita mahu pelaburan, kita mahu majikan catat keuntungan, tetapi kita juga mahu nasib pekerja dibela dengan baik,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS) juga perlu diteliti.

Anwar turut menggesa pekerja supaya bangkit dan menentang golongan yang terbabit dalam rasuah.

“Saya mahu pekerja bersama dengan saya dalam satu barisan, kita bangkit dan perangi golongan yang merasuah di negara ini. Saudara hanya perlukan RM200 tambahan sebulan untuk pendidikan mahupun kesihatan anak-anak, itu pun begitu sukar diperoleh.

“Tetapi (ada) pemimpin yang sauk ratusan juta daripada wang negara. Adakah mereka bicarakan mengenai nasib pekerja? Penjawat awam? Apa yang mereka buat ini adalah zalim.”Malah ada yang sanggup gunakan survival Melayu dan Islam bagi mempertahankan sistem dan orang yang korup,” katanya.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Baca sini: eTunai Belia Rahmah – CARA BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

Baca juga: BANTUAN RM600 – KATEGORI LAYAK BANTUAN RM600

Kredit : Berita Harian

Leave a Comment