DUIT KWSP HABIS BAYAR HUTANG

DUIT KWSP HABIS BAYAR HUTANG – PENGELUARAN KWSP 2.0 : KERAJAAN DIGESA BENARKAN SEKALI LAGI

DUIT KWSP HABIS BAYAR HUTANG – Memang benar mereka yang terjejas memerlukan (pengeluaran one-off KWSP) kerana itu adalah wang mereka yang bekerja dan dalam keadaan terdesak. Mereka fikir ia adalah alternatif untuk mereka menampung perbelanjaan.

Kini inflasi DUIT KWSP semakin meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga semakin meningkat akibat terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan oleh pihak bank.

DUIT KWSP

Dengan pengeluaran khas DUIT KWSP ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana orang ramai akan mula membeli apabila ada aliran tunai, sekali gus memberi kesan positif kepada kitaran ekonomi.

Dengan membuat pengeluaran khas untuk golongan tersebut (sebahagian atau keseluruhan simpanan DUIT KWSP), ia boleh digunakan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka atau untuk tujuan tertentu seperti menunaikan haji.

KERAJAAN DIGESA BENARKAN SEKALI LAGI

Kerajaan digesa sekali lagi membenarkan pelepasan KWSP 2.0 sebanyak RM10,000 dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Rayuan itu turut dinyatakan menerusi media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr Mohamad Idham Md.Razak berkata, masih ramai yang berharap pengeluaran KWSP dibenarkan walaupun mendapat tentangan segelintir pihak.

Kerajaan perlu memikirkan beban yang ditanggung rakyat selepas menaikkan OPR tiga kali berturut-turut daripada 1.75 kepada 2.25 peratus selain inflasi yang mereka hadapi membawa kepada peningkatan kos sara hidup.

DUIT KWSP

INISIATIF SELAIN PENGELUARAN KWSP 2.0

Simpanan DUIT KWSP adalah hak milik pencarum dan sewajarnya ahli yang tidak aktif juga dibenarkan mengeluarkan wang tersebut terutama untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana mereka tiada pilihan lain selain bergantung kepada simpanan KWSP.

Sebelum ini, KWSP membenarkan kemudahan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik C0VID-19.

Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemat menggunakan wang KWSP sekiranya pengeluaran one-off dibenarkan semula.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengeluaran KWSP 2.0 dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada kumpulan T20 dan beberapa M40.

Kebanyakan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat tersebut kerana data KWSP menunjukkan majoriti pencarum khususnya orang Melayu tidak mempunyai simpanan yang mencukupi di dalam KWSP mereka.

DUIT KWSP

Kerajaan harus memberi tumpuan untuk meningkatkan jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih teratur dan bukan secara sekali sahaja.

Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat di mana mereka boleh ditukar dengan keperluan asas setiap bulan.

Peniaga akan mengutip e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat.

Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk tujuan lain dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah.

Baca Sini: 17 Pengeluaran Khas KWSP ,Untuk Semua Pencarum yang layak

KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment