Untuk Semua Pencarum yang layak, 17 Pengeluaran Khas KWSP
Untuk Semua Pencarum yang layak, 17 Pengeluaran Khas KWSP – KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berkaitan persaraan selaras dengan polisi KWSP sedia ada.
Terdapat 17 jenis pengeluaran separa yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada usia 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan untuk persaraan yang lebih selesa.
17 Pengeluaran Khas KWSP ,Untuk Semua Pencarum
1. Pengeluaran 50 tahun. Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
Syarat Kelayakan:
Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2
2. Pengeluaran Untuk Pendidikan
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan mereka sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Wang yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah yuran pengajian / baki pinjaman pendidikan ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah).
Ini termasuk yuran asrama dan penginapan serta penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar wilayah/luar negara
Syarat-syarat:
Berumur 55 tahun ke bawah
Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Masih meneruskan atau telah menamatkan – pengajian peringkat diploma atau setaraf
Sedang belajar dalam Institusi Dalam Negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi Luar Negara (sepenuh masa)
Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan
17 Pengeluaran Khas KWSP ,Untuk Semua Pencarum
Baca Juga info: Permohonan Bantuan Belia Rm1200
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.