Desakan terakhir pengeluaran i-Citra RM10k menjelang Disember

Desakan terakhir pengeluaran i-Citra RM10k menjelang Disember

Desakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali terakhir terus dibuat oleh pihak tertentu termasuklah pemimpin politik, antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita KWSP

  • Desakan itu dibuat susulan pembayaran terakhir bagi kemudahan pengeluaran simpanan di bawah i-Citra pada awal Disember. Walaupun sektor ekonomi telah dibuka lebih luas ketika ini, terdapat beberapa alasan yang dikemukakan agar kerajaan membenarkan pengeluaran buat kali terakhir.
  • Antaranya, ada dalam kalangan rakyat ketika ini mempunyai tunggakan pinjaman bank yang perlu diselesaikan. Tidak kurang juga yang hilang pekerjaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan baru memulakan kerja serta memerlukan sumber kewangan. Ada juga yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan selepas kehilangan pekerjaan.
  • Sehingga 31 Oktober lalu, kerajaan telah membenarkan pengeluaran KWSP menerusi tiga kemudahan iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101.1 bilion.
  • Namun, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani pada Selasa meminta kerajaan untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kemudahan i-Citra.
  • Menurutnya, pengeluaran kemudahan itu akan menyebabkan ahli terpaksa bekerja lebih lama demi menggantikan caruman tersebut kerana hampir separuh ahli mereka mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
  • Pada 24 November lalu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir telah menyatakan kegusaran pihaknya mengenai risiko majoriti ahlinya berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran simpanan.
  • Ini kerana, sebanyak 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan tahap kritikal dam peningkatan 28 peratus ahli yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

Sumber: SHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment