Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR dan ini adalah antara skim bantuan kerajaan untuk membina rumah di atas tanah sendiri jika anda seorang yang bergaji dan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah sendiri tetapi sudah usang dan mempunyai tanah untuk membina rumah yang jauh lebih baik.
Ini adalah Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR terbuka kepada mereka yang ingin memohon bantuan rumah untuk membina rumah di atas tanah sendiri di negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL, Perak, Kedah, Putrajaya, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Johor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Langkawi dan Labuan.
Cara Memohon Skim Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR dan Daftar Borang Permohonan secara online dengan ketahui cara permohonan RMR dan download borang permohonan yang disediakan.
Untuk mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar bagi menyediakan deposit membeli rumah pertama Program lah yang diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang mempunyai tanah tetapi mempunyai masalah kewangan.
Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR
Bantuan kerajaan diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (miskin) akan tetapi mempunyai tanah yang sempurna dan selesa untuk membina rumah sendiri.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam brosur di bawah SPNB bina Rumah Mesra Rakyat.
Syarat Kelayakan & Cara Mohon Rumah Mesra RMR
Antara syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR adalah seperti berikut:
Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapat kebenaran pemilik tanah terlebih dahulu.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah / mempunyai rumah usang / tidak sempurna dan Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000 serta mempunyai Tanah/tapak yang sesuai dan bebas dari caj/beban ke atasnya.
Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas serta Warganegara Malaysia.
Mempunyai Keluasan tanah tidak kurang daripada 3600 kps (tertakluk kepada reka bentuk rumah dan Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Mohon
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR boleh dibuat secara atas talian (online) atau manual dan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan semula kepada SPNB selepas permohonan selesai.
Untuk memohon secara online, sila rujuk kaedah berikut.
Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SPNB iaitu https://rmr.spnbonline.com.my/ dan Klik pendaftaran baharu.
Isi borang pendaftaran log masuk dengan lengkap. Alamat emailyang diberikan akan digunakan sebagai ID log masuk.
E-mel / SMS yang mengandungi butiran ID log masuk dan kata laluan akan dihantar ke e-mel / nombor telefon yang telah didaftarkan oleh pemohonserta gunakan ID log masuk dan kata laluan yang disediakan dan borang prapendaftaran akan dimuat turun.
Isikan maklumat ke dalam sistem oleh pemohon dan klik pendaftaran lengkap dan cetak borang.
Hantarkan borang bersama dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB selepas memohon.
Dokumen & Borang Yang Diperlukan
Antara dokumen Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR yang diperlukan adalah seperti berikut :
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan).
Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi terkini dari Pejabat Tanah.
Slip gaji terkini (3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
Affidavit / afidavit tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*.
Surat kebenaran pelepasan tuan tanah.
Borang laporan tapak bergambar.
Salinan sijil nikah pemohon.
Salinan IC kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
Salinan kad pengenalan tuan rumah.
Kos Harga Rumah Mesra
Terdapat 3 jenis, pelan, reka bentuk, ukuran keluasan & saiz serta ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat 2022 RMR yang ditawarkan oleh skim syarikat perumahan spnb.
Antaranya adalah harga dan kos lengkap untuk RMR Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut.
1. Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga : RM75,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah pinjaman : RM55,000
Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300
2. Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga : RM85,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah pinjaman : RM65,000
Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM350
3. Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
Harga : RM75,000 – RM106,500
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300 – RM470
Lihat Di Sini : Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Lihat Juga : Akaun 2 KWSP benarkan ahli beli perlindungan 2 Akaun