Budaya beri wang jadikan rakyat terlalu bergantung bantuan
Budaya beri wang jadikan rakyat terlalu bergantung bantuan – Budaya pemberian wang tunai menyebabkan rakyat di negara ini terlalu mengharapkan bantuan, kata Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.
Katanya, budaya dilakukan sejak sekian lama itu menjadikan masyarakat terlalu bergantung kepada bantuan.
“Jadi pemberian wang ini menjadi satu budaya sampai satu peringkat di mana rakyat mengharapkan dan jangkakan benda (bantuan) tersebut berlaku.
“Sehingga saya katakan dalam bajet sebuah keluarga ini, ada individu tak beli beg sebab tunggu program ‘Back To School’ untuk dapatkan beg untuk anak dia.
“Ini bermakna sebegitunya pemberian wang tunai telah mencengkam rakyat kita sekarang,” katanya selaku panelis pada Wacana Sinar bertajuk ‘Sara Hidup: Rakyat Masih Tersepit? yang disiarkan di semua platform Sinar Harian, pada Selasa.
Budaya beri wang jadikan rakyat terlalu bergantung bantuan
Turut menjadi panel ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr Rosni Adam dan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Izham Nayan manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemberian wang tunai adalah langkah jangka pendek untuk membantu rakyat mendapatkan sumber kewangan, namun inisiatif dan program mampan yang diperkenalkan kepada mereka mampu menjadikan mereka berdikari.
“Sebagai contoh, kerajaan Selangor memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat dapat menawarkan kepada golongan miskin tegar dan B40 seperti pertanian berkelompok, penjualan makanan serta sebagainya untuk bangkit semula selain tidak bergantung pada bantuan daripada kerajaan.
Semak Juga: Bantuan RM 600 Untuk Satu Keluarga 2023
Mohon Juga: Syarat Kelayakan Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)
“Ini penting kerana sebagaimana rakyat kebergantungan kepada kerajaan tersebut begitu kuat sekali maka apa kerajaan cakap, dia akan ikut namun saya berpandangan rakyat Malaysia sekarang sudah pandai dan keadaan tak seperti itu lagi.
“Tetapi kita mahu rakyat lepas dari tahap kemiskinan supaya mereka merasakan bebas bukan sahaja bebas dari segi ekonomi tetapi menentukan masa depan politik negara,” jelasnya.
Join Telegram: myInfoKerja.com
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Budaya beri wang jadikan rakyat terlalu bergantung bantuan