BKM Tambahan RM500 telah dikreditkan ke akaun anda!

BKM Tambahan RM500 telah dikreditkan ke akaun anda!

BKM Tambahan RM500 telah dikreditkan ke akaun anda! – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

BKM Tambahan

Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
Klik semakan status untuk semak status permohonan
Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan

BKM Tambahan

jika tiada maklumat BKM  dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.

Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM  bagi penerima yang layak:
Fasa 1: 28 Mac 2022
Fasa 2: 27 Jun 2022
Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Oktober 2022)
Fasa 4: Disember 2022

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Artikal lain: Kategori Pinjaman PTPTN Golongan M40 Dinaikkan 100 Peratus Pinjaman PTPTN

BKM Tambahan

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment