Kategori Pinjaman PTPTN Golongan M40 Dinaikkan 100 Peratus
Kategori Pinjaman PTPTN Golongan M40 Dinaikkan 100 Peratus. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 kategori M1 dinaikkan daripada 75 peratus kepada 100 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri keputusan itu dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan kos beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.
“Kalau dulu pinjaman PTPTN kepada mahasiswa M40 kategori M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.” Kata Perdana Menteri Malaysia.
Semak Sini: Pengambilan Terkini Jawatan Kosong GAMUDA SDN BHD 2022
Pengelasan Isi Rumah
Jabatan perangkaan Malaysia pada tahun 2022 telah mengelaskan jadual kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 berdasarkan pendapatan isi rumah di Malaysia.
Berdasarkan jadual di atas, keluarga mahasiswa yang mempunyai had pendapatan bawah RM5,880 layak mendapatkan kadar pinjaman sehingga 100 peratus sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri.
Skim Pinjaman PTPTN
Untuk makluman, Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.
Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan
PERINGKAT PENGAJIAN KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI
1. Diploma Sepenuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS
2. Diploma Separuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS*
3. Diploma PJJ IPTA
4. Diploma Lanjutan IPTA dan Politeknik
5. Ijazah Pertama Sepenuh Masa IPTA dan IPTS
6. Ijazah Pertama Separuh Masa IPTA dan IPTS*
7. Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
8. Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
9. Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
Syarat-Syarat Permohonan
Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN.
Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.
Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**.
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.
Sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akan Diberikan Kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Tanpa Mengira Status Ekonomi, Bangsa dan Agama.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: BantuanRakyat