Biasiswa Sekolah Menengah BSM YAYASAN PAHANG – Mohon Sebelum 30/04/2021!

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Bagi Anak Pahang

Apa itu BSM Yayasan Pahang?

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

bs1

Berapa jumlah bantuan yang diberi?

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun.

Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.

 

Syarat Kelayakan

Kriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

bsm yayasan pahang

Cara-Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula sekarang sehingga 30 April 2021 bagi semua tingkatan.

Berikut adalah cara-cara untuk memohon BSM ini:

  1. Dapatkan borang do pelajabt Adun.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke semula ke sekolah masing-masing.
  4. Setiap sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohoan.

Oleh itu, pemohon hendaklah menghantar borang kepada guru biasiswa sekolah masing-masing beberapa hari sebelum tarikh tutup.

Maklumat dan penduan untuk memohon, menyemak status dan panduan bagi guru biasiswa BSM ini bagi guru biasiswa boleh didapatkan di sini.

bs2

Biasiswa Sekolah Menengah BSM YAYASAN PAHANG – Mohon Sebelum 30/04/2021!

Diharapkan agar bantuan biasiswa ini boleh meringankan beban dan memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pelajar yang memerlukan.

SIla pergi ke laman web Yayasan Pahang untuk mengetahui lebih lanjut di sini.

 

Sila baca MYBPR BUJANG RM350 – SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPR BUJANG di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment