MYBPR BUJANG RM350 – SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPR BUJANG

Bantuan Prihatin Rakyat Kategori Bujang

BPR BUJANG RM350 – Umur 21 Tahun Ke Atas

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

Bagi mereka yang telah mencapai umur 21 tahun dan keatas, bolehlah memohon MyBRP iaitu Bantuan Prihatin Rakyat dalam kategori bujang. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan sedikit sebanyak beban kewangan yang ditampung para pemohon. Lebih-lebih lagi, pada musim Covid-19 ini, ramai yang hilang punca pendapatan atau menghadapi masalah kewangan.

Untuk pengetahuan, kerajaan akan memberikan RM350 kepada para pemohon yang telah berjaya lulus permohonan.

 

Syarat Kelayakan BPR Bujang

Bagi meraka yang ingin memohon, perlulah memastikan bahawa diri sendiri menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (yang mempunyai MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja,
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500.00 dan ke bawah sahaja, dan
  • Lelaki atau wanita yang berumur daripada 21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU.

Cara-Cara Memohon BPR Bujang

Terdapat dua cara untuk memohon bantuan BPR Bujang ini, iaitu:

Cara 1: Melalui online di laman web rasmi BPR

  1. Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Isi maklumat yang diperlukan di bahagian PERMOHONAN dan memuat naik dokumen sokongan yang berkenaan
  3. Sahkan permohonan anda di bahagian PENGESAHAN PERMOHONAN BPR dengan menekan mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”.
  4. Tekan butang HANTAR.

Cara 2: Secara manual dengan mengisi borang permohonan BPR

Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

 

Cara Semakan Permohonan BPR Bujang

Berikut adalah cara semak permohonan BPR:

  1. Sila log masuk ke portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila masukan nombor MyKad, klik SEMAK
  3. Sila semak kata keselamatan,jika betul, masukan kata laluan BPR
  4. Kemudian klik PETI MEL
  5. Tekan perkataan SURAT
  6. Tekan PERMOHONAN BPR 2021
  7. Akan dipaparkan maklumat samada permohonan anda diterima/dalam proses/diluluskan/gagal.
  8. Jika permohonan gagal tetapi layak,anda boleh membuat permohonan RAYUAN BPR.

 

MYBPR BUJANG RM350 – SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPR BUJANG

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi pihak LHDN untuk makluman yang lebih lanjut di sini.

 

Sila lihat juga: Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat dengan menekan link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment