Berkat PKP 2.0 – Permohonan RM100 Dan Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terenganu

Buat Rakyat Terengganu: Permohonan RM100 & Pelbagai Insentif

Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara insentif yang diperkenalkan ialah ‘bakul makanan’ kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima.

Oleh itu, Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 dengan kos RM19 juta telah dilancarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

ber3

 

Pelbagai Insentif BERKAT

Jelas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terdapat pelbagai inisiatif yang akan dijalankan termasuklah:

  1. Bakul makanan – Kepada enerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima.
  2. RM100 tunai – Kepada pekerja yang terjejas kerana PKP 2.0: tukang gunting, pekerja kedai cucian kereta dan seumpamanya yang dianggarkan melibatkan seramai 48,000 orang.
  3. Top-Up Internet sebanyak RM100 – Kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2500.
  4. 1600 tablet – Kepada pelajarr-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat kerajaan negeri (GLC)
  5. ‘Kuliah online’ – Kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap
  6. RM300 Insentif Khas – Kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘inbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’.
  7. Permbukaan operasi 20 buah Pusat Internet Asas Rakyat (PINTAR) – Keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Walau bagaimanapun, katanya rakyat yang tidak termasuk dalam golongan seperti disebutkan di atas, namun amat memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN/DUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan.

permohonan rm100

 

Berkat PKP 2.0 – Permohonan RM100 Dan Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terenganu

Semoga insentif ini dapatlah membantu golongan yang memerlukan bantuan sepanjang musim PKP 2.0 ini. Kepada mereka yang memerlukan, silalah berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN/DUN masing-masing.

Baca artikel penuh daripada Sinar Harian tentang: Terengganu salur insentif bantu 488 pemain sektor pelancongan di sini.

ber2

 

Lihat juga: MYBPR BUJANG RM350 – SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPR BUJANG dengan menekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment