Bantuan Perumahan Untuk Kategori B40 Terkini 2022

Bantuan Perumahan Untuk Kategori B40 Terkini 2022 – Bantuan Perumahan Kepada Rakyat Malaysia Kategori B40, Bantuan IKRAM, Keluarga Malaysia, Bantuan Kerajaan.

Sudah tentu, pemberian inisiatif ini untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.

Sebuah inisiatif program telah dikendalikan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu mereka yang tiada kediaman atau tempat berteduh akibat pandemik Covid-19.

BANTUAN PERUMAHAN

Program bantuan perumahan untuk kategori B40 tersebut dikenali sebagai Program Rumah Keluarga Malaysia atau dipanggil sebagai Rumah IKRAM KPKT.

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Berikut merupakan ciri-ciri rumah PPR IKRAM tersebut.

Rumah yang terletak di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres manakala rumah yang terletak di kawasan bandar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.

Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.

Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi serta Pelbagai kemudahana asas disediakan termasuk seperti Dewan komuniti, Ruang solat atau surau, Gerai makan dan ruang berniaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman permainan atau kawasan lapang, dan Rumah sampah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan rumah Keluarga Malaysia atau rumah IKRAM.

Pemohon dan pasangan haruslah berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas.

Individu yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah dan seumpamanya sahaja layak untuk membuat permohonan.

Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan rumah IKRAM KPKT tersebut, anda boleh terus membuat permohonan melalui laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/

KADAR SEWA

Kadar sewaan minimum adalah RM 124 sebulan sahaja.

SENARAI RUMAH IKRAM

Sebanyak RM 1,000 unit ditawarkan melalui program ini. Berikut adalah senarai rumah IKRAM serta lokasinya :

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg Melana 2, Johor

Disclaimers – Bahan yang admin share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan Bantuan Perumahan Untuk Kategori B40 Terkini 2022 sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

BANTUAN PERUMAHAN

BANTUAN PERUMAHAN

BANTUAN PERUMAHAN

Lihat Juga : Bantuan Perkahwinan 2022 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Dapatkan pembelian termurah sekarang !! diskaun beli belah di shoope

Klik sini

Leave a Comment