Bantuan Khas I-SEED – Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-SEED) merupakan satu program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah tanggungjawab YB V Ganabatirau.
Lihat Juga: Permohonan & Pendaftaran Program Rumah PPRT 2022
Jumlah Bantuan Khas I-SEED
Mereka yang layak akan diberi bantuan peralatan maksimum RM10,000 dalam bentuk peralatan dan barangan perniagaan.
Baca juga: Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita – PKS & BI WinBiz
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan memohon Bantuan Khas I-SEED adalah seperti berikut:
- Berumur lebih dari 25 tahun
- Rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun
- Individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan
- Perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.
- Perniagaan perlu aktif dan konsisten
- Pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan
- Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.
Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat menerusi ketua komuniti atau ketua kampung masing-masing.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan ketua komuniti taman atau lawati Facebook I-SEED.
Sumber: Pertalsemakan
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Bantuan Khas I-SEED Selangor Rm10,000 Bagi Usahawan India sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.