Berikut adalah pembiayaan khas yang ditawarkan oleh pihak Bank Islam dibawah program BI WinBiz untuk usahawan wanita yang ingin meningkatkan perniagaan mereka.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan usahawan wanita PKS untuk memajukan perniagaan mereka dalam bidang perniagaan.
Lihat Juga: Permohonan & Pendaftaran Program Rumah PPRT 2022Permohonan & Pendaftaran Program Rumah PPRT 2022
DAPATKAN INFO BANTUAN SECARA FREE?
KLIK DISINI
Jumlah Pembiayaan Khas
- Jumlah pembiayaan adalah minimum RM100,000 dan maksimum RM1 juta.
Tempoh Pembiayaan Khas
- Kadar pembiayaan: 1.5% setahun.
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun.
Skop Pembiayaan Khas:
2 skop pembiayaan yang boleh digunakan:
- Modal Kerja.
- Perbelanjaan Modal (CAPEX).
Syarat Kelayakan
Berikut adlah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
- Pemohon mestilah seorang usahawan wanita PKS.
- Pemohon mestilah mempunyai Syarikat Sendirian Berhad, Perkongsian Liabiliti Terhad, Perkongsian,
- Pemilikan Tunggal, dan Penyedia Perkhidmatan Profesional.
- Perniagaan pemohon mestilah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun dan masih aktif.
- Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh wanita warganegara Malaysia.
Cara Permohonan
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal BI WinBiz.
Langkah 2: Klik butang ‘Apply Now.’
Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Langkah 4: Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal BI WinBiz atau bertanya melalui email [email protected].
Sumber: Portalsemakan
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita – PKS & BI WinBiz sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.