Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
Siapakah yang layak menerima Bantuan Khas Covid-19?
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti berikut:
Permohonan Bantuan BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
Amaun Bayaran BKC
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Bilakah tarikh pembayaran BKC akan dibuat?
Bagi pengetahuan anda, pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa. Fasa 1 telah disalurkan bermula pada 6 September yang lalu. Fasa 2 & Fasa 3 akan disalurkan pada bulan November & Disember pada tahun ini.
Kaedah bayaran
Tarikh dan semakan status
Lihat cara dibawah untuk semakan status BKC:
- Buka laman web rasmi ini https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Sila Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
- Rujuk pada bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran anda
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web LHDNM atau Soalan Lazim di sini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan