TERKINI: Penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos ketiga untuk menunaikan Umrah

Penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos ketiga untuk menunaikan Umrah

Penerima vaksin COVID-19 Sinovac yang bakal berlepas ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat, kini boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk mendapatkan dos penggalak.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat dos ketiga bagi membenarkan jemaah yang menerima suntikan vaksin keluaran syarikat China itu untuk menunaikan umrah.
  • Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, permohonan itu boleh dilakukan bila-bila masa sebelum mereka berlepas dengan syarat suntikan kedua vaksin berkenaan telah melebihi tempoh yang ditetapkan.
  • Katanya, bagi penerima vaksin Sinovac, mereka boleh mendapatkan suntikan penggalak, sekurang-kurangnya tiga bulan menerima suntikan dos kedua.
  • “Kita sarankan mereka untuk membuat permohonan bila-bila masa untuk mendapatkan suntikan penggalak ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
  • Sebelum ini hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji.
  • Namun baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak seperti mana ditetapkan.
  • Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac, sementara Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak.

Sumber: Astro Awani

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment