Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia?
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantan khas daripada kerajaan yang menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BKC, BPR, GKP dan sebagainya. Bantuan Keluarga Malaysia BKM ini adalah bantuan yang diagihkan bagi tahun terkini iaitu 2022.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!
Berapakah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia ini?
Jumlah bayaran adalah seperti berikut:
B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500
- Tiada anak – RM1,000
- 1-2 anak– RM1,500
- 3 anak – RM2,000
B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850
- Tiada anak – RM400
- 1-2 anak – RM600
- 3 anak – RM800
M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)
- Tiada anak – RM400
- 1-2 anak – RM600
- 3 anak – RM800
Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500
- Menerima RM350
Tarikh Pembayaran BKM 2022
Pembayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali. Pembayaran pertama akan diagihkan kepada lebih 9.6 juta penerima adalah pada bulan Mac 2022.
Cara Semakan Status Permohonan BKM
Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda. Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan. KLIK DI SINI
Maklumat lanjut di sini.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih