Bantuan EFS RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020
Bantuan EFS RM1000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020. Bantuan EFS RM1000 adalah sebuah simpanan untuk anak-anak kelahiran Sarawak yang bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).
Baca Di Sini : Pengeluaran Khas KWSP Benarkan Pengeluaran Melalui Akaun 2
Cara Membuat Permohonan Bantuan EFS
Permohonan Bantuan EFS RM1000 boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:
Borang permohonan EFS – mohon di sini
Salinan sijil lahir bayi
Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”
**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN
Jumlah Bantuan EFS
Jumlah bantuan yang diberikan berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Warganegara Malaysia
Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
Syarat Kelayakan Bantuan EFS
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
Kategori anak angkat:
Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Bantuan EFS RM1000 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sumber : isarawakcaregov
Baca Juga : Pembayaran Jumlah Bantuan Fasa 3 BKM Akan Ditambah