Pembayaran Jumlah Bantuan Fasa 3 BKM Akan Ditambah
Pembayaran Jumlah Bantuan Fasa 3 BKM Akan Ditambah. Pembayaran kemungkinan untuk Bantuan Fasa 3 BKM dan fasa 4 akan ditambah sekiranya isu kenaikan harga ini berterusan.
Kerajaan memberi bayaran akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.
Baca Di Sini : Permohonan Bantuan RM300 Sebulan Bagi B40
JUMLAH BANTUAN
“Bantuan BKM RM 2,600 siapa nak bagi ? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM 2,000. Kita sekarang bagi RM 2,600.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.
Beliau brkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato Sagor, pada Ahad.
“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.
BAYARAN BKM
Dijangkakan proses pengkreditan akan menjadi semakin cepat setelah pukul 6 petang. Di mana pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada pemegang bank BSN terlebih dahulu.
Pembayaran BKM Fasa 2 telah mula dikreditkan pada 27 Jun lepas bermula 6 petang tadi terdapat beberapa individu telah menerima bayaran BKM Fasa 2. Khususnya, pembayaran diberikan kepada pemegang akaun bank BSN.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM
Kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat.
Baca Juga : Bantuan RM1000 Sebulan Tahun 2022 Mohon Skim Kanak-Kanak
Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengab Bantuan Fasa 3 BKM sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Sumber : kerjasemasa