Bantuan Anak Pelihara Berjumlah RM250 Sehingga RM500 Kepada Rakyat Yang Layak, Bantuan JKM 2022, Bantuan Anak Pelihara, Syarat Kelayakan, Cara Permohonan
Lihat Juga
Tarikh & Jumlah Pembayaran BKM Fasa 2
Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah Golongan B40
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan untuk menjaga kebajikan masyarakat berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, perlindungan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan telah dan akan disalurkan kepada masyarakat termasuklah kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua.
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah cara permohonan Bantuan Anak Pelihara yang perlu dibuat :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang Permohonan JKM 18
- Borang Kaji Semula JKM 20
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Anak Pelihara
- Salinan Kad Pengenalan individu berkaitan
- Salinan penyata gaji
- Dokumen lain yang berkaitan
SYARAT KELAYAKAN
- Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
- Kanak-kanak tidak mempunyai ibu bapa kandung
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga melalui Program Anak Pelihara yang dikehendalikan oleh JKM atau kanak-
- kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
JUMLAH BANTUAN
- Berjumlah RM 250 sebulan untuk seorang anak pelihara
- Maksimum RM 500 sebulan untuk keluarga yang menjaga 2 orang atau lebih anak pelihara
BANTUAN ANAK PELIHARA
- Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP). Bantuan ini diberi kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai ahli keluarga atau saudara mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.
- Bantuan ini turut mampu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga seperti anak sendiri.
Sumber: Bantuan.kerajaan.malaysia
Disclaimers
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Cara Mohon Pasport Malaysia Antarabangsa Secara Online 2022 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.