Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah Golongan B40

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri KWSP.

Terkini, Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

Lihat Juga:

i-Suri KWSP

Daftar i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

i-Suri KWSP

i-Suri KWSP

Syarat Kelayakan Pendaftaran i-Suri

Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.

Pencarum

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya
  • anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum
  • membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
    KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

CARA BAYARAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
  • Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
  • Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/

Semakan Lanjut

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Bantuan i-Suri KWSP RM480 Untuk Suri Rumah Golongan B40 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment