Akaun KWSP Anak
Pendaftaran Akaun KWSP Anak untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam Simpanan Syariah dan ianya bertujuan untuk simpanan jangka masa panjang.
Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun.
Lihat Juga Bantuan MySalam RM8000 Tunai Bagi Rakyat Malaysia – Tebus Sekarang
Baca Juga Baca Juga Bantuan MySalam – Syarat Kelayakan & Cara Buat Tuntutan Rm700
DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS
Pendaftaran akaun KWSP untuk kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas boleh dilakukan dengan mudah di kiosk KWSP tanpa perlu ke kaunter.
Berikut adalah panduan untuk mendaftar akaun KWSP untuk anak:
- Daftar sebagai ahli KWSP (perlu kad pengenalan dan cap jari anak anda) di kiosk di mana-mana cawangan.
- Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk membuka i-akaun dan bertukar terus kepada simpanan Syariah.
- Pada kebiasaannya akan ada pegawai yang tolong buat di komputer dekat sana.
- Setelah i-akaun siap, pegawai akan membantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah.
Dah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela), mereka akan bantu terus.
AKAUN KWSP ANAK INSENTIF RM250 SETAHUN
- Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan KWSP.
- Contohnya, jika anak mencarum RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan menambah RM250 (maksimum) sebagai insentif, di bawah insentif skim i-Saraan.
- Caruman ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN.
- Pembayaran sumbangan i-Saraan boleh dibuat secara dalam talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa.
- Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan untuk memindahkan wang ke akaun.
KELEBIHAN BUKA AKAUN KWSP UNTUK ANAK
Walaupun anak masih belajar, antara kelebihan membuka akaun KWSP untuk anak ialah:
- Simpanan jangka panjang anak-anak
Terima insentif tambahan oleh kerajaan maksimum RM250 setahun (15% daripada jumlah simpanan) - Menabung pada usia muda
- Dapatkan dividen patuh Syariah setiap tahun
- Caruman tidak perlu dibuat secara bulanan
- Sebagai ahli KWSP, anda juga akan menerima khairat kematian sebanyak RM2500
Info lanjut KLIK SINI
Senang je kan? Jom permudahkan urusan anak-anak nanti dengan membuat simpanan di usia muda melalui pendaftaran akaun KWSP! Tidak rugi, malah anak anda akan menggandakan keuntungan pada usia persaraan nanti.
Follow Telegram: https://t.me/portalsemakan
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Akaun KWSP Anak ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.