BKM 2022
Berikut adalah cara mohon rayuan BKM 2022 Terkini bulan mei bagi yang belum mendaftar atau yang gagal memohon bantuan keluarga Malaysia.
Rayuan ini sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.
Oleh yang demikian, sila teliti maklumat yang dikemukakan berikut bagi membolehkan rayuan BKM dapat diterima.
Buat pemohon yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Januari yang lalu, kerajaan membuka peluang bagi permohonan rayuan BKM.
Lihat Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 & Semakan Permohonan Terkini 2022
Permohonan Rayuan BKM 2022
Cara dan Kaedah Rayuan BKM boleh dibuat seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)
Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.
Sumber: Batuanrakyat.my
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Tempoh Rayuan
Tempoh permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat berdasarkan maklumat berikut:
- Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
- Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan
Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.
“PENERANGAN KOD ALASAN TIDAK LULUS BKM TERKINI DAN PEMBUKTIAN DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022”
Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Bkm Yang Tidak Dibenarkan Secara Dalam Talian
Untuk makluman, tidak semua permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian.
- Bagi Pemohon Tidak lulus BKM Tahun Ini dengan Kod Tidak Lulus seperti di bawah
perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang
Rayuan BKM terkini yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09
Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.
Lihat Juga Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Bujang Untuk Seluruh Malaysia
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan BKM ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Join Telegram Untuk Lebih Banyak Info Bantuan dan Info Jawatan Kosong Seluruh Malaysia: