Semakan & Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online

Akaun ASNB

Berikut dikongsikan cara untuk tambah duit dalam akaun ASNB secara online setelah anda melengkapkan pendaftaran myASNB

Pelancaran portal myASNB atau ASB online adalah berita baik bagi mereka yang melabur Amanah Saham Nasional berhad.

Dengan portal ini, pengguna sudah tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.

Semua boleh dilakukan melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau komputer.

Rujuk Juga Cara Mohon & Tebus Bantuan E-Wallet RM150

Syarat Kelayakan Pendaftaran Bantuan i-Suri KWSP

Semakan Tarikh Pembayaran Rayuan BKM Yang Lulus

Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online

1. Log masuk ke myASNB

2. Klik labur sekarang

3. Jawab 6 soalan mudah untuk pihak ASNB cadangkan produk yang sesuai

4. Pilih jenis pelaburan yang ingin dibuat

5. Masukkan jumlah pelaburan dan pilih cara pembayaran (online banking dsb), tandakan kotak setuju dan klik teruskan

6. Pembayaran selesai dan anda telah melabur dengan myASNB

Akaun ASNB

Sumber: Blogrojak.com

Buka Akaun ASNB Secara Online

Pendaftaran boleh dilakukan di telefon pintar atau komputer. Pendaftaran melalui telefon pintar:

1. Muat turun aplikasi myASNB di Google Playstore / Apple Appstore / AppGallery

2. Buka Aplikasi dan klik daftar

3. Pilih jenis ID, masukkan no. ID dan No. Telefon yang aktif, tandakan kotan dan klik teruskan

4. Masukkan No. OTP yang diterima melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan

5. Masukkan butiran peribadi yang diperlukan, pastikan nombor akaun bank yang diberikan sama dengan nama yang didaftarkan

6. Lengkapkan akaun berkanun dan klik teruskan

7. Isikan butiran pekerjaan dan tandakan kotak dan klik Hantar. (informasi adalah sulit)

8. Bagi membuktikan identiti, muatnaik gambar bahagian depan dan belakang MyKad dan klik teruskan

9. Sebagai keselamatan tambahan, ikuti langkah pengesahan swafoto iaitu menggerakkan kepala dan bercakap dalam dua video berbeza dan klik hantar video

10. Setelah itu, masukkan nama pengguna, kata laluan dan butiran keselamatan dan klik teruskan.

Selesai pendaftaran dan anda boleh mula buat pelaburan dengan klik pada butang yang berkaitan

Akaun ASNB

Check Dividen ASB (Semakan Melalui Maybank2u)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan dividen ASB melalui Maybank2u:

Akaun ASNB

1. Login ke Maybank2u

2. Slide ke sebelah kanan sekali atau klik bahagian atas ACCOUNTS dan pilih WEALTH

3. Tekan VIEW dan semua akaun ASB akan dipaparkan berserta nombor akaun dan jumlah dividen

Maklumat Lanjut

  • Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan ASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB d talian 03-7730 8899 (8 Pagi – 10 Malam) atau emel ke [email protected]

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Semakan & Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Follow Telegram :

Portal Semakan

Leave a Comment