999 Jawatan Kosong Seluruh Negara: Jururawat U29 Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan Kosong: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kekosongan Seluruh Negara KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjemput semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong sebagai Jururawat U29 di seluruh negara.

Sila baca butir-butir di bawah jika berminat dengan jawatan ini.

ju2

 

Syarat Kelayakan

Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai Jururawat U2 di Seluruh Negara hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun.
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Memiliki Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (1 tahun) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, Asthma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya.
  5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.
  6. Sedia bertugas secara bergilir (syif)/ lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan.
  7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM.

ju

 

Cara-Cara Memohon

Sila baca kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan.

Permohonan hendaklah dilakukan secara online menerusi pautan Google Form di sini.

Permohonan akan dibuka pada tarikh 13 Januari 2021, jam 5.00 petang.

Hanya calon yang layak akan dipanggil temuduga dari masa ke semasa bagi tahun 2021.

Sila rujuk iklan penuh permohonan di sini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2021, jam 5.00 petang. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup ini tidak akan dipertimbangkan. Keputusan pelantikan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan.

ju3

 

999 Jawatan Kosong Seluruh Negara: Jururawat U29 Kementerian Kesihatan Malaysia

Lokasi kekosongan: Seluruh Negara

Tarikh tutup permohonan: 19 Januari 2021, jam 5.00 petan

 

Lihat juga: MYBPR BUJANG RM350 – SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPR BUJANG di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment