Tunggang Motosikal Kriss Seorang Diri Untuk Mendaftar Di Universiti Malaya, Lau Lai Kiat Tekad Mahu balas Jasa Ayah

Tunggang Motosikal Kriss Seorang Diri Untuk Mendaftar Di Universiti Malaya, Lau Lai Kiat Tekad Mahu balas Jasa Ayah

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Menerusi hantaran di laman Facebook Universiti Malaya, Lau Lai Kiat berkongsi kisah tentang perkara tersebut. “Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya. Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

308679176 10159897189970255 3455440773424702574 n 2 683x1024 1

Pepatah ini sesuai diumpamakan dengan semangat juang yang ditonjolkan oleh pemuda asal Johor Darul Takzim ini. Lau Lai Kiat yang kini bergelar mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan di Universiti Malaya menarik perhatian ramai di media sosial apabila gambarnya menunggang motosikal jenis Kriss sendirian ketika sesi pendaftaran pelajar menjadi tular.

Seorang remaja yang bercita-cita tinggi, Lai Kiat yang merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik merupakan individu pertama dalam kalangan ahli keluarganya menjejakkan kaki ke menara gading.

“Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ Kuala Lumpur. Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya setelah mengambil motosikal saya di TBS,” kongsinya.

Tidak kekok membawa semua barangannya menggunakan motor, barangan keperluan dan barangan untuk kegunaan akademiknya dilihat diikat rapi menggunakan tali rafia pada motosikal.

308686024 10159897190005255 4094094552108498441 n 2 1024x683 1

“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti. Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” katanya lagi.

Menjadikan universiti nombor satu Malaysia itu sebagai pilihan, Lai Kiat berkata, “Saya memilih UM bukan sahaja kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara, malah saya juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan.”

Lai Kiat yang kini mendapat tempat untuk menginap di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah merupakan bekas pelajar SMK Seri Tangkak, Johor.

309247369 10159897189570255 8106189010668624672 n 1024x683 1

*P/S- Teringat pulak min dekat motosikal Kriss min waktu zaman belajar dahulu, dah ‘diambil’ orang 😭. Apa-apa pun tahniah Lai Kiat, semoga kisah ini menjadi panduan kepada pelajar lain agar bersyukur seadanya dengan apa yang kita miliki.

Sumber & Kredit foto: Facebook Universiti Malaya/Mohd Fazli Zainordin

Leave a Comment