Semakan Status Pembayaran STR Fasa 3

Semakan Status Pembayaran STR Fasa 3

Semakan Status Pembayaran STR Fasa 3- RASMI. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023:

Pembayaran STR

STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran

Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN.

Manakala, tarikh bayaran STR Fasa 3 akan bermula pada JULAI 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:

  • Isi Rumah Tiada Had Umur

Pendapatan < RM2,500

Tiada Anak: RM300
1 – 2 Anak: RM400
3 – 4 Anak: RM600
> 5 Anak: RM800

  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000

Tiada Anak: 0
1 – 2 Anak: RM150
3 – 4 Anak: RM200
> 5 Anak: RM250

  • Bujang

-Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
– Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
– Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150

Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:

Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat

Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Baca sini: Bantuan Tambahan RM600 Fasa 3 Telah Dikreditkan

Pembayaran STR

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Permohonan & Kemaskini

Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun.

Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai. Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment