PTPTN Golongan M40 Kategori Pinjaman Dinaikkan 100 Peratus

PTPTN Golongan M40 Kategori Pinjaman Dinaikkan 100 Peratus

Kategori Pinjaman PTPTN Golongan M40 Dinaikkan 100 Peratus. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 kategori M1 dinaikkan daripada
75 peratus kepada 100 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Anwar ibrahim.

“Kalau dulu PTPTN Golongan M40 kepada mahasiswa M40 kategori M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman PTPTN Golongan M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus. ” Kata Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Perdana Menteri keputusan PTPTN Golongan M40 itu dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan kos beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1 (PTPTN Golongan M40).

Semak sini: Keluarkan Caruman KWSP Sekali Lagi Apa Salahnya?

Semak juga: Jawatan Kosong PETRONAS Berhad 2023

PTPTN Golongan M40

  • Pengelasan Isi Rumah

Jabatan perangkaan Malaysia pada tahun 2022 telah mengelaskan jadual kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 berdasarkan pendapatan isi rumah di Malaysia.

Berdasarkan jadual di atas, keluarga mahasiswa yang mempunyai had pendapatan bawah RM5,880 layak mendapatkan kadar pinjaman sehingga 100 peratus
sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri.

  • Skim Pinjaman PTPTN

Untuk makluman, Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian
di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

  • PERINGKAT PENGAJIAN KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI

1. Diploma Separuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS*
2. Diploma Sepenuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS
4. Diploma Lanjutan IPTA dan Politeknik
5. Ijazah Pertama Separuh Masa IPTA dan IPTS*
6. Ijazah Pertama Sepenuh Masa IPTA dan IPTS
7. Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
8. Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
9. Kursus Profesional Sepenuh Masa/ PJJ IPTA/ Separuh Masa

  • Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk
yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN.

Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.

Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**.

Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh
sah laku semasa tarikh memohon.

** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak
nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada
PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

Sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akan Diberikan Kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Tanpa
Mengira Status Ekonomi, Bangsa dan Agama.

Sumber: BantuanRakyat

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan
yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen.
Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link
whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment