Permohonan Bantuan Agihan RM300 One-Off Bagi Terjejas Pendapatan ~ Mohon Sebelum 07 Ogos!

Permohonan Bantuan RM300 Bagi Golongan Asnaf

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi Skim Agihan Khas Zakat di bawah LZNK kepada para asnaf di Negeri Kedah yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Skim Agihan Khas Zakat adalah inisiatif terbaharu daripada LZNK untuk membantu para asnaf yang terkesan dan pendapatan mereka telah berkurangan pada waktu ini. LZNK telah menganggarkan sebanyak 40,000 keluarga asnaf di Negeri Kedah akan dibantu menerusi skim agihan ini.
agihan khas zakat kedah lznk
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

Syarat Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  3. Golongan yang terjejas pendapatan disebabkan Covid-19 dan mempunyai pendapatan isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)
  4. Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon, atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Cara Memohon

Semua dokumen sokongan tidak perlu disahkan kecuali surat pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.

Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut :

Screenshot 92

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) menerusi Sistem Permohonan Agihan Zakat di pautan (link) https://agihan.zakatkedah.com.my dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat serta memuat naik lampiran dokumen-dokumen berikut:

  1. Kad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).
  2. Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  5. Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
  6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).
  7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.

Kriteria Asnaf

Sila pilih satu sahaja masalah yang paling hampir dengan situasi terkini anda:

  1. Masalah Terjejas Pendapatan
  2. Masalah Bebanan Hutang

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian berikut:

  1. Ibu Pejabat : 019-4181740
  2. Baling : 04-470 2428 / 013-4529155
  3. Bandar Baharu : 04-407 9670 / 019-4738255
  4. Kota Setar : 04-731 8005 / 019-5739155
  5. Kubang Pasu : 04-917 1561 / 019-4967255
  6. Kuala Muda : 04-441 1881 / 019-4122155
  7. Kulim : 04-490 0873 / 019-5732155
  8. Langkawi : 04-966 0179 / 019-4753155
  9. Padang Terap : 04-786 6239 / 019-5172155
  10. Pendang : 04-759 4515 / 019- 4123155
  11. Pokok Sena : 04-782 1513 / 019-518 6155
  12. Sik : 04-469 5895 / 019-4104255
  13. Yan : 04-468 3482/ 019-4804155

 Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan ~ syarat kelayakan & permohonan

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

 

Leave a Comment