Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan – Semak sekarang!

Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah memperkenalkan pelbagai program KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akan tetapi, sebenarnya pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran penuh KWSP bersyarat mengikut kelayakan tertentu.

Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan

1. PEKERJA BERPENCEN
Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

2. BERUMUR 55 TAHUN
Ahli yang mencapi usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akn digabungkan. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

3. MENINGGALKAN NEGARA
Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

4. KEHILANGAN UPAYA
Ahli KWSP yang mengalami kehilangan upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM 5,000 sebagi Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

5. KEMATIAN
Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun 1 KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Pengeluaran KWSP Penuh Secara Bersyarat Kini Dibenarkan

Join Telegram untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran KWSP TERKINI.
https://t.me/portalsemakanmalaysia

Semak Maklumat Lanjut: Bantuan BMT 2023 Dinaikkan sehingga RM800

Leave a Comment