Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!. Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP mereka dengan program terbaharu, Akaun Sokongan Kemudahan 2 (FSA2).

FSA2 membolehkan anda membuat pengeluaran minimum KWSP RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

FSA2 bertujuan untuk membolehkan ahli membuat permohonan awal untuk Umur Pengeluaran Bersyarat 50 tahun atau 55 tahun untuk membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan ahli umur pengeluaran

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan seperti yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!

BACA JUGA:

Cara Claim Baucar Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia

KWSP: Bantuan KWSP RM500 Secara One-Off Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan! : Semak Sekarang 1

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan
Berikut ialah jumlah pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:

Syarat Pengeluaran Deposit
Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat pengeluaran:

Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan berkaitan)
Rakyat Malaysia
Permohonan adalah sekali sahaja
Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
Jumlah deposit minimum RM3,000 dalam akaun 2
Jumlah maksimum untuk pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada
jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

Nota: Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan pemahaman tentang Kemudahan Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli memutuskan sama ada untuk meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS), AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

Langkah 1: Buat semakan awal kelayakan deposit Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Mohon pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 3: Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan
Kemudahan ini akan memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli yang layak berumur di bawah 55 tahun.

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islam) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan lain.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000
Jumlah minimum pembiayaan adalah sebanyak RM3,000 dan jumlah maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Sehingga 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 dan bawah 55 atau 38% mempunyai simpanan dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 atau kurang.

Oleh itu, adalah penting untuk membina semula simpanan untuk golongan ini agar mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!

Maklumat lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:

Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.g

Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment