Jumlah BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Untuk Kategori Keluarga Terkini

Jumlah BKM 2022 UNTUK ISI RUMAH

Jumlah BKM 2022 untuk kategori setiap isi rumah akan di beri berdasarkan 4 kategori seperti contoh di bawah.

kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia. Nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Melalui pembentangan Belanjawan 2022, Jumlah BKM 2022 akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:

  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Jumlah BKM 2022

BACA JUGA: Cara Mohon Bantuan RM1000 Tunai Untuk Semua Golongan B40 2022

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM 2022

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah:

Sudah Berkahwin
Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Cara Membuat Permohonan 

Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Jumlah BKM 2022

Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh Pembayaran 

Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM akan dilaksanakan. Namun begitu, pembayaran dijangkan akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran kepada anda dari semasa ke semasa.

Jumlah BKM 2022

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian Jumlah BKM 2022

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Tarikh Rayuan BKM

Rayuan boleh dikemukakan secara online pada 2 Mei sehingga 2 Jun 2022 manakala rayuan secara manual bermula pada 9 Mei sehingga 2 Jun 2022.

Jumlah BKM 2022

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

MyinfoKerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Jumlah BKM 2022 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment