Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP

Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP

Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP – Ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju akan memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 (Akaun 1) kepada ahli yang layak.

Ia melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli berumur antara 40 hingga 54 tahun yang akan diberi tambahan dalam akaun 1.

Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

kwsptambahanmotif

Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima caruman tambahan RM500 ini :

– Warganegara Malaysia
– Berumur 40 hingga 54 tahun
– Simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

Semakan Baki KWSP
Untuk mengetahui jumlah baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu;

– Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
– Semakan melalui kiosk KWSP
– Secara online melalui i-Akaun

Semakan secara online boleh dilakukan melalui portal i-Akaun (ahli) – DI SINI

Semak Juga: Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Mohon Juga: Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Telah DiumumkanInisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.Inisiatif Tambahan RM500

Leave a Comment