i-Suri Faedah dan syarat kelayakan

Bantuan Khas Untuk i-Suri Rumah B40, Syarat dan cara permohonan

Bantuan Khas Untuk i-Suri Rumah B40, Syarat dan cara permohonan – Program i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.Program i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Walaupun ia telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, nampaknya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kelebihan yang ditawarkan oleh program ini.

Faedah-faedah i-Suri
Menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM480/tahun;

Caruman dalam apa jua jumlah dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang telah ditetapkan;
Terima dividen tahunan KWSP;
Manfaat Kematian: RM2,500.

Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia sahaja;
Belum mencapai usia 60 tahun;
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR);
Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Memohon
Sekiranya anda layak dan berminat untuk menyertai i-Suri, penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan KWSP berhampiran atau kiosk dengan membawa MyKad anda.

Caruman boleh dibuat melalui beberapa cara seperti yang ditentukan oleh KWSP seperti berikut:

Kaunter ejen bank
Ejen bank berdaftar
Kaunter KWSP
Perbankan internet (atas talian)

Mohon Juga: Ahli KWSP Tidak Aktif diberikan peluang keluarkan wang

Maklumat lanjut boleh rujuk dibawah:

 i-Suri

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment