GKP 3.0 & Bayaran Fasa 1 RM1,000 Bermula 8 Jun Ini! – cara semakan & tarikh penting

Geran Khas Prihatin 3.0

GKP 3.0 Cara Semakan

Kerajaan akan mengkreditkan bayaran sebanyak RM1,000 bermula hari ini untuk penerima Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Ia membabitkan lebih sejuta perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang akan menerima bayaran secara berperingkat membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 bilion.

“Pada 31 Mei lalu, melalui program Pemerkasa Tambahan, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

“Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

–> Sila baca Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 – cara permohonan & tarikh

Syarat Kelayakan

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan Berdaftar dengan agensi-agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Tarikh Penting

Permohonan bagi GKP 3.0 telah dibuka mulai 1 April 2021. Manakala, Semakan status dan bayaran GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021.

Cara Semakan Bayaran

  1. Layari (https://gkp.hasil.gov.my)
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan menu SEMAKAN STATUS.
  4. Status dan tarikh pembayaran dikreditkan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status semakan dan bayaran GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:

  1. HASiL Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
  2. Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
  3. Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment