Permohonan Bantuan Kepada Suri Rumah Sebanyak RM480 Setahun ~ syarat kelayakan & cara memohon

Mohon Bantuan Suri Rumah Dengan i-Suri Sekarang!

Apa itu i-Suri?

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

i-Suri KWSP - Daftar & Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri RumahSemakan Status iSuri KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Faedah yang diperolehi

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
    ** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Cara mendaftar bantuan suri rumah

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang bantuan suri rumah i-Suri KWSP ini, anda boleh rujuk portal rasmi KWSP i-Suri.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment