Bantuan Kewangan RM 600

Semakan Permohonan Bantuan Kewangan RM 600 Dibayar Pada November & Disember

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan Bantuan Kewangan 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, jumlah bantuan BMT ini adalah berjumlah RM 600 dan akan dibayar dalam 2 peringkat.

Semak Sini: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 Akan Dikreditkan Ke Dalam Akaun Bank Penerima Secara Berperingkat

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima Bantuan Kewangan tersebut.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM 600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu

PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300)
PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300)

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka. Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan atau melalui laman web rasmi BMT RISDA disini

https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM 600

Untuk pengetahuan tarikh permohonan Bantuan Kewangan telah pun ditutup pada September lepas. Walau bagaimanapun, rayuan permohonan BMT ini akan dibuka bermula 16 September hingga 31 Disember 2022 ini.

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut

– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
– Geran asal tanah dan salinan
– Salinan buku akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
– Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
– Salinan geran lot yang ditoreh
– Salinan buku akaun bank yang aktif
– Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
– Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
– Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur (https://pekebunkecilmakmur.com.my/)

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171 atau layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ untuk informasi penuh mengenai BMT 2022 ini.

Bantuan Kewangan

Leave a Comment