BANTUAN JKM: Semakan dan Cara Permohonan

BANTUAN JKM

BANTUAN JKM: Berikut adalah perkongsian cara membuat Semakan dan Cara Permohonan bantuan kanak-kanak bagi yahun 2022 julai ini.

Kepada yang layak Bantuan JKM 2022 secara bulanan, pasti anda ingin tahu tentang tarikh bayaran JKM pada bulan Disember,Januari,Februari dan bulan lain.

Berikut adalah maklumat tentang semakan bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu. Semak info di bawah berikut.

Semakan Bantuan

Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.

Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020.

Contohnya pada bulan Oktober 2020,bayaran bagi bulan November akan dibuat bermula 20 Oktober 2020.

Bayaran juga dibuat secara berperingkat mengikut jenis bank penerima bantuan JKM.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN JKM 2022

Berikut adalah semakan jadual pembayaran bantuan jkm untuk tahun 2022 terkini.

Semak atau Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Jun 2022 – 9 & 10 Jun 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Julai 2022 – 11 & 12 Julai 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Ogos 2022 – 8 & 9 Ogos 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan September 2022 – 8 & 9 November 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Oktober 2022 -10 & 11 Oktober 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan November 2022 – 9 & 10 November 2022.

Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Disember 2022 – 8 & 9 Disember 2022.

BANTUAN JKM

CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN

Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM

Sila log masuk dan buat semakan bayaran

Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

SEMAKAN SENARAI BANTUAN

Berikut adalah senarai dan kadar Bantuan jkm 2022.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 Sebulan.

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 Sebulan
Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM450.

Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500 dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat semakan permohonan bantuan jkm ini.

Antaranya adalah, Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon dan Salinan MyKad serta Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.

Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) dan Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) juga [erlu dikemukan.

Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro) juga perlu untuk dikemukan.

Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM.

Antara cara-caranya adalah Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM dan Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’.

Selepas itu, Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

CARA PERMOHONAN

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp.

Daftar permohonan mengikut negeri dan Isikan nombor kad pengenalan serta Isikan borang berkaitan.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Kepada yang mempunyai ibubapa yang layak,boleh mohon bantuan JKM sebanyak RM500 Sebulan iaitu BANTUAN ORANG TUA(BOT) 2021

Klik Sini Untuk Pemrohonan

BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2022

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000. atau hubungi juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Alamat : Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan jkm 2022 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

BANTUAN JKM

BANTUAN JKM

BANTUAN JKM

Sumber: PortalMalaysia

Lihat Juga : Akaun 2 KWSP benarkan ahli beli perlindungan 2 Akaun

Lihat Juga Di Sini : Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Leave a Comment