Bantuan EFS RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Bantuan EFS RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Bantuan EFS RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir – EFS ialah tabung simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal untuk perniagaan kecil-kecilan.

Jumlah Bantuan Anak Sarawak

Jumlah bantuan yang akan diberikan khas kepada anak Sarawak ini adalah berjumlah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

Tahukah anda Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah menubuhkan tabung khas untuk anak kelahiran Sarawak yang dinamakan sebagai Bantuan EFS (Endowment Fund Sarawak) untuk tahun 2023.

Jika anak anda dah mencapai umur 18 tahun, anda boleh keluarkan duit tersebut di cawangan Bank Islam yang berdekatan hanya dengan membawa MyKad.

Anda juga boleh mohon Bank Islam Online sekiranya anda berada di bank tesebut.

Mohon Juga: KWSP 2.0 Tuntut Pengeluaran Khas Sekarang!

Bantuan EFS RM1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut ialah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:

-Warganegara Malaysia
-Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
-Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD adalah berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran

Bagi kategori anak angkat pula :

-Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
-Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah

Cara Memohon Bantuan
Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdapat di negeri Sarawak dengan membawa:

-Borang permohonan – Muat Turun Borang
-Salinan sijil kelahiran bayi
-Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa berstatus “K”.

**Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari laman web https://isarawakcare.sarawak.gov.my/ atau hubungi talian KPWKK di 082-442050

 

Leave a Comment